Tuesday, 4 October 2011

RESEPSI DI DEWAN TM TRAINING CENTRE SARAWAK, SUKMA RIA

Majlis resepsi/persandingan untuk 600 orang di dewan serbaguna TM Training Centre Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching. Servis catering termasuk penyediaan makanan, kerusi, meja, dan alas meja & kerusi (table setting). 

Kerja-kerja 'table setting' bermula sehari sebelum resepsi.

Keadaan setelah meja dan kerusi disusun beserta dengan alas meja.


Kerja-kerja setting dah selesai..serius nampaknya perbincangan diorang tu..ada apa-apa yang tidak puas hati?

Pelamin pun sudah siap. Tapi pelamin ni belum termasuk dalam servis/pakej Ani Catering.  


Pada hari resepsi...
Makanan telah sedia terhidang di atas meja. Menu yang terhidang termasuklah nasi minyak, daging masak hitam sarawak, paceri nanas, sambal goreng, buah-buahan, dan air oren (sunquick)..

Dekorasi meja pengantin..

  So, inilah 'posting' saya yang pertama untuk blog ini yang baru sahaja diaktifkan tak sampai sehari pun lagi..testing 123..Apa-apa aktiviti terbaru Ani Catering akan saya post kan nanti..

Jumpa lagi..thanks!

0 comments:

Post a Comment