Ani Catering Services dimiliki dan diuruskan oleh Haji Abdul Latip bersama-sama isteri serta anak-anak dan telah beroperasi lebih 10 tahun yang beralamat di Kampung Pinang Jawa, Kuching. Ani Catering Services kini telah menjadi pilihan utama pelanggan dalam menyediakan perkhidmatan catering dan masakan tradisional Melayu dan India seperti Nasi Beriani, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, Nasi Shamin, dan sebagainya. Ani Catering Services dikenali sebagai pakar dalam penyediaan hidangan/masakan India terutamanya Nasi Beriani.
Ani Catering Services juga mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kantin-kantin sekolah dan pejabat/jabatan kerajaan di Kuching. Dengan pengalaman yang luas, Ani Catering Services kini mampu menyediakan khidmat untuk pelbagai majlis rasmi atau peribadi dan sedia memenuhi setiap keperluan anda.
Kami menerima tempahan untuk majlis yang berikut :-
* Kenduri Bertunang/Nikah/Kahwin
* Doa Selamat/Kesyukuran/Kenduri Arwah
* Majlis Tengahari/Minum Petang/Makan Malam
* Buffet
* Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya
* Upah memasak dan tempahan nasi bungkus
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan Set Kanopi beserta Scallop. Kerusi, Meja, Hadrah/Kompang, Set Karaoke dan lain lain yang berkaitan.
0 comments:
Post a Comment